OLEH : SAMRAH HJ AG DAMIT.
Tanggal 16 Mei
merupakan satu tarikh yang dipilih secara rasmi sebagai Hari Guru peringkat
kebangsaan pada setiap tahun. Menurut sejarahnya tarikh ini dipilih kerana pada
16 Mei 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative
Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran
(Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran negara kita.
Sambutan Hari
Guru adalah merupakan satu penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan guru-guru.
Sambutan Hari Guru disambut di hampir seluruh dunia, Cuma tarikh dan caranya
saja yang berbeza, tetapi matlamatnya tetap sama iaitu menghargai jasa guru.
Di Negara China
Hari Guru diraikan pada 10 September
dimana ia diistiyharkan sebagai
salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan kepada golongan professional
selain Hari Jururawat dan Hari Wartawan.
Republik Czech
pula menjadikan Hari Guru sebagai cuti tidak rasmi yang disambut pada 28 Mac
iaitu bersempena memperingati kelahiran Jan Amos Komensky. Setiap kali sambutan
hari guru, kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka.
Di India Hari
Guru disambut pada 5 September iaitu sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan
iaitu Presiden India
kedua yang juga merupakan seorang pendidik terkenal. Dikatakan setiap kali berlangsungnya Hari Guru ,
tanggung-jawab mengajar akan diambil oleh pelajar senior sekolah
berkenaan. Tujuannya adalah sebagai
tanda penghargaan kepada guru-guru mereka.
Korea Selatan pula
mengadakan sambutan Hari Guru sehari lebih awal dari negara kita iaitu pada 15
Mei. Seperti kelazimannya , setiap kali berlangsungnya Hari Guru, para guru
akan dihadiahkan dengan bunga Carnation. Waktu persekolahan juga akan
dipendekkan semasa sambutan Hari Guru.
Amerika Syarikat
(USA) pula mengadakan Hari Guru setiap hari Selasa pada bulan Mei. Persatuan
Pendidikan Kebangsaan ( National Education Association ) menyifatkan sambutan Hari Guru peringkat
kebangsaan sebagai hari menghormati dan mengenang jasa para guru.
Hari Guru
Peringkat Antarabangsa pula telah
ditetapkan oleh UNESCO pada 5 Oktober setiap tahun.
Demikianlah
cara dunia dan masyarakat antarabangsa menghargai jasa guru setiap kali tibanya
Hari Guru . Ini bermakna semua orang
tahu atau maklum mengenai Hari Guru. Cuma mungkin ianya tidak begitu “popular”
dimata umum kerana Hari Guru tidak disitiyahrkan sebagai cuti sepertimana di
sesetengah negara lain.
Jika mengambil
kira pengertian perkataan “GURU” yang diambil daripada Bahasa Sanskrit yang
membawa maksud pendidik, mudarris, pengajar dan pengasuh maka ternyata guru
bukanlah golongan sembarangan. Tanggungjawabnya begitu berat dan mencabar ,
malah menuntut kepada pengorbanan, keikhlasan dan ketahanan mental yang tinggi
selaras dengan tema Hari Guru tahun ini.
“Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara” begitulah indahnya susunan kata-kata tema hari guru bagi tahun 2012
atau tema hari guru yang ke 39 sejak ia diperkenalkan pada tahun 1972. Tema
Hari Guru yang pertama pada tahun 1972 ialah “Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara”
No comments:
Post a Comment